CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 30, 2011

Balik asrama ? Satu hal yang tak dapat nak gambarkan betapa tak sukanya aku !


Assalamualaikum... (tetiba rasa macam nak bagi salam lak hari ni)
Okay,ni entri last sebelum aku berambus balik ke kandang tersayang aku tu. It’s about “ohh, tak sukanya balik asrama!!”..Ha, macam tu lah ceritanya.

Punyalah tak suka aku nak balik asrama (dalam bahasa yang lebih sopan is ‘kandang’). Kenapa? Tak tau lah kenapa dik ooi. Rasa macam eeeee! Tak naaaak! Ha, macam tu lah.. hahaaa.. Mungkin korang yang tak pernah merasa dok asrama, boleh lah cakap macam-macam.

Eleh,duduk asrama bukan susah pong. Hok basuh baju je pong. Makan minum dah sedia dah pong..’

Rasa macam nak bagi pelempang je siapa yang berani-beraninya cakap macam tu ye. Meh sini aku cerita sikit perihal duduk asrama meh .

1.Pagi-pagi pukul 5 dah kena bangun. Korang dah bangun? Ha, belum kan :
Ayu, bangun.. Dah pukul 5 ni.. Nanti kena rebut-rebut toilet pulak.. Kau tu mandi kemain lama lagi.. Siap aku dah mandi + berak pon kau tak siap-siap lagi..’ (tapi aku tak pernah bangun pukul 5. Pukul 5 baru nak tido ada lah. Pukul 6.30 baru bangun. Sebab tu selalu kena tulis nama dengan pengawas)

2.Mandi, iron baju, basuh baju, makan, semua kena berebut. Korang ? Siap dah hidang depan mata pon malas lagi nak makan :
A: Lepas kau siapa? Kalau takde aku heh.
B: Ada. Lepas aku Toti, lepas tu Gemox, lepas tu Timah, lepas Timah Bedah nak tumpang, lepas Bedah tumpang Eton punya turn, lepas tu bla bla bla bla...
A: OK, stop!

3.Semua benda kita nak buat mesti ada yang announce kan. Bingit telinga aku !
‘Perhatian kepada semua pelajar aspuri, anda mempunyai 5 minit lagi untuk mengosongkan asrama. Sila segerakan pergerakan anda.’

‘Pelajar aspuri, sila bersedia dalam dorm masing-masing untuk mulakan bacaan Al-Mulk.’

‘Hey! Senyap boleh tak? Memekak lah kau!’
( announcement ni biasanya aku & kawan-kawan aku lah yang buat. Hampeh! )

4.Hari minggu pun tak boleh keluar outing !
‘Awak tak dibenarkan outing. Pelajar yang bersama ibu bapa sahaja yang dibenarkan outing.’

‘Mana kad outing awak? Takde kad tak boleh outing! Jangan pandai-pandai nak gunakan kad orang lain. Saya dapat tau siap la awak.’

Oleh sebab yang demikian, berlakulah kejadian ‘terbang-menerbang’ untuk keluar dari kandang tersebut. ( aku biasa dah buat macam tu )


So macam mana? Nak kata senang tu tak lah senang mana pun. Tapi lebih kepada tension la bak kata akak aku Jessica Alba tu. Heh! Tapi walau macam mana tak suka pun, aku kena balik gak hari ni. Lagi 2 minggu SPM. Oh no, jangan disebut-sebut itu SPM. Mulo lah nak gotar-gotar kepalo lutut ni ha. Apapun aku tetap nak capai yang satu ni. Nama dia sukses!


Daa ~

Saturday, October 29, 2011

THANK GOD . . . Even I'm always be the one who got test, I'll make sure I'm smiling everyday . . .


Okay , mesti korang dah boring lagi - lagi pasal tah pape je aku post dalam entri ni . Tapi seriously , hari ni ada lagi sorang yang dah buat aku rasa diri ni macam bodoh sangat je . Ehh , memang bodoh sangat lah ! Susah betul nak dapatkan orang yang betul - betul ikhlas nak berkawan dengan kita rupanya .

Takpe , mungkin ini yang terbaik untuk aku . Tak kisahlah orang nak buat apa pun kat aku , hidup aku go on macam biasa . Sikit pun tak mencalarkan hari aku . Sama ada orang itu rasa bersalah ataupun tak , aku boleh doakan kebahagiaan dia je . ( ayat tak boleh blah )

Wallaaaah ! Apsal la boleh jadi macam ni ? Aku tak nak tau tak ? Hey , tau tak ? Kau ni dah kenapa la agaknya . ( tension di tengahari yang amat panas . Tapi kejap lagi hujan la ni ) . 


Ha , hujan macam ni la aku kejap lagi .

Aku harap dia puas hati lah dengan apa yang dia dah buat ni . Aku nak ucapkan THANKS A LOT pada dia . Jangan buat lagi kat orang lain . Biarlah aku jadi yang last and aku nak dia tau betapa sakitnya hati orang - orang yang dia dah buat macam tu ( especially girls ) . Sedih bila ada yang tak tau betapa halusnya hati seorang wanita . Bila disakiti , akan berbekas sampai bila - bila even yang menyakiti tu just kawan yang selama ni dah banyak buat hari - hari aku tersenyum macam biasa . ( huhuhu . . taching beb ! )

Ok , now what I wanna say is ' is it true to be loved is hard ? '. Hah , aku ni biasalah , memang suka tanya benda yang pelik - pelik . Tapi sebenarnya takde lah pelik mana pun kan soalan ni . No no , salah soalan . Tapi ' is it true to be TRUSTED is hard ? '. Ha , ni lah soalan yang paling tepat , mampat , padat ! Takpe , biarlah aku yang jawab sendiri . ' YES , it's really hard '. 

Ermm , yang ni takde kena - mengena dengan cerita atas tadi . Cerita tu biarlah stop at this point . Aku takkan menagih apa - apa lagi dari dia . Now , aku akan lupakan semua tu . Terkesan sikit kat hati , jantung , paru - paru aku tapi I trust myself . Boleh hilang dalam masa beberapa hari ni .



Daa ~

Friday, October 28, 2011

SPM SEMAKIN DEKAT... AKU KAT MANA?


SPM la woi . . Still mak merepek dalam blog ?

Okay , okay . Tak payah nak sesal dahulu pendapatan kat sini . Cerita pasal SPM ni , berdobar - dobar jantung aku jahh ! Siapa cakap aku rileks ? Aku

 tengah takut ni . Tapi kena la acting cool bak kata omputeh kan . Heh ! Kalau lah SPM boleh ambil bila - bila masa , aku sanggup postpone untuk tahun depan ke , seploh tahun depan ke . keh keh kehh . . .

Ha , hambik ni subjek SPM aku :

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab

( banyak betul bahasa , cakap tak tau jugak )

Mathematics
Additional Mathematics ( ni yang tak menahan )
History ( dalam bahasa Melayu nye Sejarah ye )

Science
Information & Communication Technology
Ekonomi Asas

Pendidikan Quran & Sunnah
Syariah Islamiah

( Sains Agama lah katakan )


Cukup 11 . Tadi pening jugak aku pikir apa lagi la yang tak masuk list ni . Rupanya yang dua last tuh . huhuhuu . . *dahlametakstudylatu ~

Sekarang ni nak cerita , aku kat mana ? Actually belum cukup sedia pon . Haprak betul ! hampehlahkauayu .
Selain tak cukup sedia , kat surrounding aku pon banyak lagi yang masih berlegar - legar dalam kepala lutut . Tak boleh study maa ! Dengan facebook , blog , twitter . Semua tu lalai , lagha , menyesatkan ! ( ha ? eh , bukan )

Okay , maybe lepas ni aku dah tak banyak sangat blogging . Untuk SPM ! So , korang yang nak ambik SPM tu , rajin - rajin lah baca buku . ( cehh ! macam la aku baca sangat ) .

Sama - sama lah kita struggle untuk kejayaan bersama . ( ayat macam nak kena hempok ! )

Daa ~

Thursday, October 27, 2011

Semalam ~ ( Ayu, kau buat ape? )


Firstly, thanks a lot kepada sesiapa yang dah bersusah-payah buat aku tersenyum balik macam hari-hari biasa. Even sampai dah fed up, tension macam tunggu kucing beranak pun ada jugak aku tengok korang ni. hihihii.. (kawan-kawan aku jer, yang lain jangan perasan)

Eh, lari tajuk ni Ayu. Jangan la fikir yang bukan-bukan pulak bila tengok tajuk entri ni. Korang ingat aku buat ape ha? Kepada yang dah buat aku happy semalam, thanks a lot. Gua terharu ni beb! Now, I'll start my day from the beginning. Buat macam biasa. Takde apa yang nak dirisaukan lagi.

Kalaulah semua orang macam ni kan bagus. No fights, no cerai-berai, no kutuk belakang. Only happiness! Aku bukannya apa, cuma tak nak diselubungi kelambu lagi bak kata someone ni. Cuma masih tertanya-tanya ( ayat macam nak kena lempang sebijik ). " Betul ke kita tak kan gembira selama-lamanya? "

Macam mana dengan makcik-makcik yang dah kawen limeplohlime tahun tu? Macam happy je aku tengok dengan pakcik-pakcik mereka. Heh! gilelahkauayu. ( makcik tu dah tue, mana ada gaduh-gaduh lagi dengan pakcik tuu ). merepeklagi..

Baideway, thanks a lot lot lot lah dekat dia.. hahaha!

Cukup !


Monday, October 24, 2011

KENAPA AKU TERUS DIPERSALAHKAN ?



Bukan nak menjiwang ke apa ke hari ni. Cuma terfikir pasal ada lagi orang yang masih terasa hati dengan aku. Ayat-ayat keramat dia tu, even tak tulis nama aku, but I feel a lil' bit cautious, argue and whatever lah ! Aku just nak paculkan satu soalan, " susah sangat ke nak memaafkan orang lain? "...

Aku tak mengharapkan sayang dia lagi. Ops, kan daaah... Seriously, aku fed up ! Dulu aku memang menyesal buat keputusan tu. Sampaikan aku cakap kat diri aku sendiri, " ape yang kau dah buat ni Ayu? Kau seolah-olah dah mainkan dia, tak hargai sayang dia kat kau ".. Ha, macam tu lah aku rasa.

But now, I'm sorry. Bukan niat terus nak melupakan, tapi aku dah tawar hati. Bila fikir balik pasal apa yang dah jadi sebelum ni, aku sedar. Tak ada siapa yang boleh salahkan sesiapa. Sudah-sudah lah menuding jari ke arah aku yang memang dah tawar hati. Cukup-cukuplah menuduh aku yang bukan-bukan. Aku just nakkan sebuah kehidupan yang lebih baik daripada semalam. So, please sucikan hati daripada membenci aku lagi. Maafkan semua salah aku, halalkan segala hutang aku sama ada dari segi wang atau tenaga, aku hargai semua tu. Aku janji takkan ganggu hidup dia lagi...


Sunday, October 23, 2011

DULU LAIN, SEKARANG LAIN, ESOK ??


Rasa-rasa apa yang aku nak merepek kali ni ye? Pasal cerita cintan cinton aku? huh! Tak la. Tak hingin aku nak merenung kembali zaman jahiliyah aku dulu tuh. Kali ni aku cuma terfikir pasal satu-satu hubungan yang dibina sejak zaman bercintan sampai la beranak-pinak. Sama tak keadaannya dari dulu sampai sekarang?

Kadang-kadang aku risau gak. Yela, lagi-lagi zaman sekarang ni kan macam-macam boleh jadi. Dulu time dating-dating bawah pokok kelapa pon jadi je, orait je. Kalau kelapa jatuh pon, gerenti si pakwenye sambut 'guna jari pon boleh aww'. Tapi lepas kawen, lagi-lagi dah ada anak spuloh, amboi-amboi cik abang. Bukan main sedap lagi mengutuk bini dia gemok la, pemalas nak kemas rumah la, potpetpotpet. huih! Pening macam tu.


Masa bercintan zaman jahiliyah. Alololoo, sweetnye la haaai.

Tapi lepas kawen,


Haa, macam ni ha. Buat hal masing-masing je. Anak dalam tong air ke dalam mesin basuh ke dia buat tak tau je.


Aku harap hidup aku tak macam ni la sampai bila-bila. Gaduh tu biasa. Tapi jangan sampai anak-anak terbiar tepi jalan. Nanti ekau yang menyosal tok sudah-sudah. Haa donga cakap omak tu !

Daa~


MUZIK PARODY MAKIN BERLELUASA



Camner? ahahahaa... Bila aku tengok muzik ni, tergolek-golek aku gelak sorang-sorang. Dah la boroi2, ade hati nak jadi Beruang Mars. huhuhu...

Kalau korang rajin la bukak youtube, taip je parody, gerenti nak terberak-berak korang bila tengok aksi-aksi terlarang diorang ni. Memang kelakar, kreatif betul manusia sekarang ni ekk.

Aku rasa bagus la diorang ni, tunjukkan bakat yang diorang ada. Korang ada ?? hahahaa...

Daa~

Friday, October 21, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG


The way I see it , you should live everyday like it's your birthday . . May Allah bless you for every second in your life time . . Hope I'm not the one who always make annoy towards you . . Sorry for everything . . .


Jiwang dah aku ni malam - malam bute macam ni . Mesti ada di antara korang yang membaca ni ada yang tau pasal apa yang aku nak tulis hari ni . Bukan nak jiwang - jiwang sangat pon . Nanti tak hingin korang baca lagi blog yang dah la burok , bersawang , bawang . kui kui kui . .

Hari ni 21 Oktober , tau pasal apa ? Bezday korang ? ha'ah banyak la . Takde kerja aku nak ingat bezday korang heh . Sebenarnya nak cakap pasal 20 Oktober . Nice number ? Of course la . hihihii . .

Tarikh yang tak pernah aku sambut even tarikh tu sangat penting bagi aku . Dalam masa 2 tahun , tak pernah ada peluang nak sambut . Tak payah cakap lah tarikh apa . Tengok tajuk , think about it . Aku memang giler dengan semua orang , kiranya boleh la dibawak sepak terajang tendangmasukgol . Tapi bab ni , huih ! Taching beb ! Sumpah aku sedih , meroyan pon ada la sikit .

Setiap kali nak sambut , ada je penghalang @ manik ( dalam bahasa arabnye ) . huhuhu . . Nak praktikkan subjek Syariah dalam bebelan aku ni . merepeklahkauayu ! Tapi sentap hati bila tak dapat sambut . So , aku dapat wish je . Takpe , aku tau takde apa lagi yang boleh aku tunggu lagi . Benda dah jadi kan , terima je lah Ayu . Kau yang cari bala , tanggung la sensorang . hmmm :'(


gambar curi kat google image 

Sedih la wey . Tak tau lah nak tulis apa lagi . Perasaan aku sekarang ? SEDIH 
Sekianterimakasih . ngeeee !

Daa . .

Tuesday, October 18, 2011

MEROKOK MEMATIKAN JIWA MANUSIA - INSAFLAH


" Janganlah kamu membunuh jiwa - jiwa kalian " . ( An-Nisa : 29 )


Dah tak payah nak pelik - pelik bila tengok hari ni aku cerita Islamik sikit . Entri aku kali ni sebab apa yang dah jadi kat sekolah pagi tadi , tetibe aku terpikir just nak share my opinion la . Kalau ada salah or korang ada pendapat lain , just shout at me .

Nak cerita pasal classmates aku yang kena hentam kromo dengan cikgu subjek P.A . Apa kena mengena dengan rokok ? Maybe diantara korang yang baca entri ni adalah classmate aku jugak , korang mesti paham apa yang aku nak sampaikan . ( huh , poyo sungguh ! )

Bagi sesiapa yang tak tau , acctually cikgu tu sorang bad smoker . Senang cerita perokok tegar lah orang kata . Dia memang arif bab - bab agama ni . Pelik ? Bad smoker but optimistic in Islam . Sebenarnya dah lama aku fikirkan benda ni sampai dah belit - belit urat tengkorak aku fikirkan benda yang satu ni ha . Then , untuk puaskan hati , jantung dan paru - paru aku , aku surf kat google , cari maklumat sedalam - dalamnya tentang bahaya rokok dalam Islam . ( fuhh , first time aku surf internet cari pasal ni . bangganiebangganie . . )

So , kat sini dapat aku conclude kan that is smoking will make our heart become die . Eh eh , lupa pulak nak cerita . Macam ni , classmates aku kena hentam dengan cikgu tu sebab tak bagi respon pape . Naik hangin satu badan la cikgu tu . Tapi yang aku tak berapa nak gemar ni bila dia sanggup keluarkan kata - kata yang . . . tak tau nak cakap macam mana . Sentap betul bila dengar ayat -ayat keramat cikgu tu . Susah nak kawal marah . 

Fikir - fikirkanla . . Tak semua yang kita belajar tu boleh masuk dengan mudah . Kalau merokok tu rasa - rasa macam ada faedah , go on . Aku cakap berdasarkan pendapat . Even setinggi mana pun ilmu agama , tapi kalau dah sampai dosa kecik dilakukan berterusan . Tak sama ke dengan dosa besar ?

Daa ~

Sunday, October 16, 2011

OUTING YANG GILER BAGAI LAH !

Hai blogger @ silent2 reader sekalian . ( hamboi , banyak sangat ke follower tuh ? )
Petang tadi aku outing dengan member2 . Yela , kononnye ni la peluang last sebelum kitorang SPM nanti . Bila aku pikir2 balik pasal kejadian outing aku dengan member2 petang tadi , haduh ! Macam beruk kelaparan ! Tak pernah sekali pun dalam hidup aku ni , outing tukar baju kat rumah orang then pegi melalak kat k-box hanya berbaju kurung ?? Hahaha . Betapa sempoi dan boroinye kitorang ni .


Ni semua idea kami beruk2 ( Ayu , Pika ,Sai ) . 


Sai [ Saidah Amirah ]
Selalau eh eh . . Selalu kitorang panggil dia ' mak ' je . Keibuan la katakan .
Tapi huh ! Kepala dia ni boleh tahan jugak la .



Pika [ Nur Syafiqah ]
Hah , yang ni memang bengong , bangang , bongek . huhuhu . .
Dia ni la pemberi main idea kitorang .



Aku . hahahaa . .
Muka sememeh je la aku ni . Aku pulak yang mencadangkan pakai baju kurung .


Memang aku yang cadangkan pakai baju kurung tuh . Tapi tak sangka pulok dirang on jew . Heh ! Aku pun on jugak la . Masa nak pergi rumah Wanie , eey malu la aku . Ada ke patut nak pergi rumah dia sebab nak tukar baju je ? Harharhar .


Wanie [ Fatin Hazwani ]
Ni lagi sekor tak matured . Suka melompat - lompat dah macam monyet aku tengok .


Sampai bustand .
Sai cari - cari la pakwe tersayang , pengering jantung , pendebat rindu dia tu . Aku dengan Pika yang single n available ni ( ececeh ) pon pergi la jalan - jalan around bustand tu sambil berkata dalam hati " takpe takpe mak , nanti aku cari balak lagi hensem dari balak kaw " hehehe ( ketawa sambil memandang tajam ke arah ' Bainuddin ' . Ala pakwe Sai la tuh . heh .


' Dik , takde bilik kosong dah . Penuh ' .

Grrr . Tak gune la bilik - bilik tuh . Takpe , kitorang pon tunggu la lagi 15 minit n kitorang dah booking awal -awal . Takut kena rembat pulok bilik tu . Ni dia list lagu - lagu yang kitorang lalakkan dalam bilik tu bertiga .

Yang terindah hanyalah sementara - Erra Fazira
Kesetiaan - Siti Sarah
Bersamamu - Ezlyn
Tinggal Tanda Tanya - Ella
Tragedi Cinta - Achik & Nana
Sampai menutup mata - Acha Septriasa
Aishiteru - Zhifilia
Tear drops on my guitar - Taylor Swift
( the only English song )

Ha , sebenarnya banyak lagi lagu yang kitorang nyanyi tapi tak ingat . heh . Nak snap gambar pun tak boleh . My luvly camera mucuk2 masam bachen tu tinggal kat rumah pulok . Kalau tak confirm sure dah berbakul - bakul gambar berangan kitorang aku letak dalam blog ni sampai semput - semput nak loading .

Apa pun aku nak cakap , best la dengan korang . Sayang korang damn much ! ( hamboi , sayang sangat nampaknye ye ) . huhuhu..

Daa ~

Thursday, October 13, 2011

I'M JUST A SILENT READER


You know what ? Dalam banyak - banyak readers , aku lebih prefer for being a silent reader only . Bukan sebab suka skodeng blog orang lain sesuke hati aku je . Tapi maybe sebab aku tak konfiden la yang aku ney boleh join diorang yang memang suke letak komen 2 kat blog orang lain . Ade jugak member 2 aku yang cakap . . .

' Ayu , komen la kat blog Ayeem Ayam tu . Best la blog dia . Lagi 2 kat entri dia yang tajuknye Kencing Masin tu . Haha . Tak boleh blah siot ayat 2 dia '

' Ish , Cik Epal ney merepek repek je kat blog dia . Tapi ramai je yang suke baca . Mesti rating dia hari - hari banyak kan ? Kau tak nak tumpang sekali ke populariti dia ? At least ade la jugak keluar muka kau kat blog dia sebagai pengomen dia .

Ha , tu kira yang biasa 2 je . Ade jugak yang cakap dengan aku . . .

' Hanis Zalikha tuh cantek giler bhai ! Peh Ayu , kau tak rasa nak jadi macam dia ke ? Aku tengok kau selalu baca entri 2 dia tapi langsung tak nak komen . Komen la sikit . Orang kata , kalau boleh request la dia jadi akak ipar kau sekali . Sambil menyelam minum air kencing dalam kolam . Huh !

Tah pape je diorang ney . Actually , aku memang suka tahap kemarau la bab baca blog blogger2 famous + ngetop2 gituh . Macam nama2 blogger yang ada kat dialog2 atas . Tapi setakat ney aku tak pernah lagi letak komen kat mana2 blog yang aku follow selama ney .Haishh ! Malu lah aku jah . Orang tak kenal aku , tapi sebok je nak komen2 . Heh !

Tapi ney just pendapat aku jela . Korang tak setuju lantak korang lah . Haha . 

OK bye !

Monday, October 10, 2011

BLOGGERS , MAAFKAN AKU . .


Kenapa statement aku macam ney ? Takde ape sebenarnye . Aku tau aku tak banyak buat salah dengan korang . . heheh ( cakap besau plak , ade yang kena hampok nanti ) . .

Act , aku perasan entri 2 aku banyak merapu - rapu , sedih kemain lagi la , sayang dia hamende ntah lagi . Aku tau untuk jadi blogger , lebih baik jangan citer sangat pasal edop kite . Tak mau deh orang nak bace . Lantak kau lah nak sedih ke hape kann . . Sory bebanyak la ye . Kalau ade antara korang yang dah buhsan , aku mintak maap banyak - banyak .

Lagi satu , pasal komen . Ney yang sogan den nak citer ney . . heheh . . Aku belum cukup ilmu lagi macamane nak setting bende alah komen tuh . Tak tau acane nak allow korang komen dalam entri 2 aku . Wat malu lah haiiii . . keh keh keh . . So , berjuta - juta maap aku mintak kat korang kalau rase - rase macam nak komen tapi tak boleh . . ( ntah 2 xde pon yang nak komen sebab tak best ) . .


Muka kesian . . Tapi cute . . Macam nak bagi penyepak je rasenye .


Entri 2 aku sebelum ney memang mengarut sebab yela , orang tengah kemaruk cinte beruk la katakan . Tapi sekarang dah malas deh . Lepas baca entry blogger hot kite ' Hanis Zalikha ' yang tajuk die ' 6 Things To Consider Before Publishing Your Love Life Online ' . Tajuk yang best . Aku memang setuju sangat 2 ape yang Keknis cakap dalam entri die . Ape yang die cakap ? Huh , bace sndiri la . Penat nak taip panjang 2 . Kalau la aktiviti menaip ney dapat kuruskan jari - jari aku yang demok , debab macam kayu balak ney takpe la jugak . . heee ~

Tapi . . ( dah mule la nak jiwang 2 keparat ney ) " ah lantak hape aku " . . haha .
Takde ape ponn . Just nak cakap ape yang aku luahkan dalam blog ney selama ney kengkadang boleh buat hati tenang sikit . Memang takde sape lagi yang boleh betol 2 terima citer 2 sedih aku , dalam blog jela tempat aku lepaskan semua sampah sarap yang dah berulat dalam hati & paru - paru aku ney .

Lepas ney aku dah tekad nak mulakan citer baru . Ape yang dah jadi dalam edop aku selama ney aku akan jadikannye sebagai satu kekuatan untuk aku tempuh hari - hari aku yang masih panjang lagi . . ( huhhaayy , ayat tak boleh blah ) . . Sedih memang teramat amat la sedih beb . . Tapi aku tak boleh nak cakap ape lagi la . Takde cara lain lagi yang boleh aku buat . Putus tuh cara yang paling baik dalam menyelamatkan satu - satu hubungan . Walaupon berat , tapi aku redha . 


Bye 2 semua ! ( macam banyak sangat je follower )
Doakan aku tabah dalam menempuh hari - hari aku . .

Thursday, October 6, 2011

WaLaUPun SayE sAyaNg AwaK , TaPi sAyE rEdha kItE dAh tAkdE jOdoH . . sAyE lEpaSkAn AwAk mULai sAat nEy . .


Saye ingat lagi . . Dulu awak suke buat saye senyum . .
Saye still ingat jugak , awak suke datang rumah saye untuk buat rindu saye terubat . .
Bile saye sedih , awak yang buat saye tersenyum semula . .
Bile saye marah awak , tak pernah awak balas balik . . Just merajuk je . .

3 Oktober bukan tarikh yang saye suke . .
Saye tak nak semua berakhir macam ney . .
Awak tahu , saye tak pernah benci awak sampai bile - bile . .
Even kadang - kadang saye terasa hati dengan awak , saye diamkan je . .
Saye tak kan buat hati awak terasa sebab saye . .

Saye nak awak tahu , takde siape yang dapat pisahkan awak dengan saye . .
Melainkan takdir Tuhan yang tak dapat manusia nak capai dengan akal . .
Saye tau , awak sayangkan saye . .
Saye tau awak tak nak kehilangan saye . .
Saye tau awak amat rindukan saye . .
Saye tau awak . .



Tapi , maafkan saye . .
Saye nak bagitau awak , cinta & sayang saye untuk awak bukan main - main . .
Saye sayang awak melebihi yang lain . .
Saye tak tipu awak . .
Saye terpaksa lepaskan awak . .
Saye tak pernah rela . .
Bukan saye yang nak semua ney jadi macam ney . .

Awak pun tau , kite dah tak sefahaman lagi . .
Awak & saye tak macam dulu lagi . .
Bagi saye , dah tak ade ape yang lebih bermakna daripada diri awak . .
Awak pergi , saye bagaikan mati . .
Saye yang putuskan . .
Maafkan saye awak . .

Tak ade sebesar zarah pun dalam hati saye nak mainkan awak . .
Malah saye selalu harapkan yang terbaik dari awak . .
Mungkin ini kehendak Tuhan yang sengaja nak ajar kite supaye sabar . .
Kuatkan diri awak ye . .
Saye pun akan cube tabahkan hati saye . .
Saye harap awak tak putus asa dalam hidup awak . .
Terima kasih jaga saye selame ney . .
Saye akan ingat awak sampai bile - bile . .
Saye masih berdoa semoga awak & saye disatukan semula . .


"Saye redha awak bukan tercipta untuk saye . . Allah tak hantar awak untuk saye"

Jangan menangis sahabat . . Allah tersangat - sangat dekat dengan kita . .
Namun percayalah , ketika DIA mengambil sesuatu , telah DIA mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan kepadamu . .
Dan sebenarnya DIA sedang mengajarimu untuk redha menerima takdirNya . .





Monday, October 3, 2011

DULU , KINI & SELAMANYA . . .

First time aku kenal dia , langsung tak menarik perhatian aku . Even dia selalu tegur - tegur aku , main kenyit - kenyit mata , semua tu tak menggugat langsung bagi aku sebab aku tahu aku bukan siapa - siapa pada dia . Masa tu dia memang tengah available , ada sorang awek memang cantik , baik . Perfect lah orang kata . Sumpah aku cakap , aku memang suka kacau nombor dia malam - malam . Tapi tak sangka pulak satu hari tu boleh kantoi . 


Sejak dari hari tu , dia selalu text aku . Benda - benda tak penting je yang kitorang mesej . Tapi disebabkan mesej tu lah aku dengan dia boleh jalinkan satu hubungan yang sangat istimewa bagi aku yang takkan aku lupa sampai bila - bila . Hubungan ni tak pernah pun kitorang declare . Semua terjadi dengan sendiri hingga sampai satu tahap dia janjikan satu mahligai yang istimewa untuk aku .


Aku mula sayangkan dia sejak dia ucapkan kata - kata yang tak dapat aku gambarkan dengan mata kepala  betapa gembiranya aku saat itu . Sebut je benda apa lgi yang kitorang tak bincang , semua dah dibincangkan . Tarikh perkahwinan , bilangan anak , tema pelamin , nak beli air - cond , microwave dll . Semua tu dah cukup perfect untuk aku . 


Sampai saat ni , tak dapat aku gambarkan betapa sayangnya aku terhadap diri dia . Setiap minggu dia top up kan aku , coklat ' kinder bueno ' lambang cinta aku dengan dia . Dan yang paling aku suka bila dia sanggup jemput aku balik dari asrama semata - mata nak jumpa aku , ajak makan sama - sama . Seumur hidup aku , tak pernah aku bayangkan akan dapat seorang insan yang begitu sayangkan aku seperti dia .


Bila hubungan kitorang makin bertambah kasih sayangnya , aku cukup yakin satu hari nanti dia akan dapat jadi pembimbing aku yang terbaik . Even dia tak sanggup lepaskan aku sambung belajar lepas SPM , then cari kerja , tapi aku rela lakukan apa saja . Aku tahu , semua orang ada cerita hitam dalam hidup masing - masing . Jadi , aku terima alasan dia tak bagi aku sambung belajar sebab takut apa - apa terjadi dalam masa 3 tahun aku belajar nanti . Aku faham kalau dia sememangnya taknak cerita hitam dia berulang lagi .


Namun , memang benar apa kata orang , manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya . Selama 2 tahun aku jalankan hubungan dengan dia , memang macam - macam dugaan yang datang . Aku tak tahu mana silap aku , mana salah aku . Mungkin memang ini takdir - Nya ,aku terima dengan pasrah . 


Tak mampu aku ungkapkan dengan kata - kata betapa pilunya hati aku , sedih , kecewa , putus asa . Hubungan yang dirancang dengan rapi sebelum ni hancur berderai macam tu je . Aku tak nak salahkan siapa - siapa dalam hal ni . Cuma aku mohon kekuatan yang luar biasa daripada Allah supaya aku lebih tenang hadapi ujian - Nya .


Fikiran aku always positif . Aku percaya pada jodoh yang diberikan pada semua makhluk . Depends on usaha & ikhtiar aku , aku akan sentiasa doakan yang terbaik dalam hidup dia . Mungkin sampai di sini saja cerita kami . Tapi tak mustahil satu hari nanti aku akan disatukan dengan dia semula even sejauh mana pun aku terpisah darinya . Kuasa Allah , tak kan ada siapa yang dapat menafikannya .


Tapi , andai satu hari nanti dia benar - benar bukan jodoh aku , aku masih berdoa semoga dia ditemukan dengan satu - satunya insan yang dapat membahagiakan hari - harinya . Sementara aku , tak kan kemana .




"Saya redha awak bukan tercipta untuk saya...Allah tak hantar awak untuk saya"


✿¸.•❤• Jangan menangis sahabat...Allah tersangat-sangat dekat dengan kita...Namun 

percayalah ketika DIA mengambil sesuatu , telah DIA mempersiapkan dengan sesuatu yang

 lebih baik untuk diberikan kepada hamba-Nya...Dan sebenarnya DIA sedang mengajarimu 

untuk redha menerima takdirNya.. ✿~♥


Saturday, October 1, 2011

THE BEST MOMENT I'VE EVER HAD IN MY LIFE :')


KESYORGE unite forever !

KESYORGE bercuti di Gunung Ledang bersama guru-guru tersayang . . .
Sumpah , memang best trip kali ni . Pergi dengan excited , balik dengan seronok . Tak sangka kitorang boleh cipta 1 kenangan terindah yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila . Molek-molek budak KESYORGE jah ! kung . . kung . . kung . . [ bunyi beruk tengah seronok ] .



Baru sampai about 7 pm . . Sangat penadd . .



Posing before aktiviti Add Maths sambil mamam aiskrim yumms !



Kasut sape paling antek . . ? ? [ fokus kat inti karipap yang dah tegolek kat lantai ]



Posing sebentar depan tangga chalets . . .



Mendaki gunung nak pergi air terjun ! Tak sampai atas gunung pon . . Dekat je . .



Muka excited tak sabar mau mandi air terjun !



Air terjun Gunung Ledang . . Sangat sejuuuuukk ! Cantek kan . .




Member-member tersayangggs !



Semasa mandi-manda kat air terjun . . Punye la susah nak naik atas tuh . .



KESYORGE bersama selamanya . . Sayang korang darl !


Gambar-gambar tu baru sikit . Nak upload banyak-banyak , penat deh nak tunggu . Paling best bila a few from us hampir lemas dalam sungai tuh . Tak sangka pulak ada area yang dalam kat situ . Yang tinggi pun tenggelam , ape lagi yang rendang-rendang . Hahah ! Confirm sure lemas . 
        Bila dah dapat kenangan macam ni , at least boleh releaskan semua masalah yang melanda dalam kepala otak . Memang tak selesai lagi , tapi I have friends yang boleh buat aku lupa sebentar tentang cerita-cerita hitam aku . Orang kata , takde istilah ' dia tu ex - kawan aku ' dalam hidup . Cuma ada ex - BF/GF , dll . So , tak payah risau kalau kita kehilangan seorang kawan sebab hubungan tu tak kan putus sampai bila - bila .

Ikhlas dari hati Nur Hidayu Samsul Bahari .