CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 18, 2012

BE STRONG SAYANG :')

*muka bajet strong lah ni, hihi :p*


Serius okay, aku lah Superwoman! *sedapkan hati okay okay*
Bagi wanita-wanita di luar sana yang pernah kehilangan orang tersayang macam yang aku lalui sekarang, ketahuilah bahawa anda seorang wanita yang hebat dan kuat seperti saya! Tinggggg! (ahhhaa whatever)


Sekarang my life is like usually. Tanpa sebarang masalah negara dan kewangan yang menimpa. Tapi sunyi sepi tahap amirika. Ehh kenapa baru sekarang nak tulis entri macam ni? *dah setahun lebih dah kau single Ayu. Wahhh*
Untuk kelihatan tersenyum setiap hari tak susah. Tapi hati pulak semakin parah and maybe boleh barah hati kalau lama-lama macam ni aihh. But I believe that I am strong. Kalau tak kuat, takkan lah boleh hidup lagi sampai sekarang. Paling tak pun kurus kering je. Hah, aku kurus kering? *jangan buat lawak bodoh teramat okay*


Dalam usaha yang teramat untuk lupakan HJ *not Hanif Joe, tolong faham* aku buang semua yang ada kaitan dengan masa jahiliah kami. Serius okay, rasa jahil gilaaa. Itu pun Wana yang sedarkan aku semua tu jahil. Kalau tak, confirm aku tak sedar-sedar sampai sekarang dan masih mengharapkan lampu jalan jatuh ke riba, kaca tak bernilai.


Kesimpulannya di sini, kalau ada dengar orang cakap ‘apabila seorang wanita itu banyak cakap, ketawa terbahak-bahak, loncat-loncat macam beruk makyeh, sebenarnya sembunyikan tangisannya di malam hari. Itulah wanita yang kuat’. No no no. Bagi aku itu tak cukup kuat. Akulah yang paling kuat sebab malam-malam aku tak menangis pun ^^ aha aha aha. Dengan ini, aku lepaskan kau buat pertama kalinya dengan rela hati, okhlas dari hati HJ <3 *okhlas pun bolehhhh* (saja taknak betulkan, betapa nak tunjukkan yang aku type laju. Hahaha :D)




ADDICTED TO KARMIN



See, see, Karmin is a superstar pop music artist! Love her music damn much :*


Memang teruja sesangat sangat bila dengar Karmin rap dalam lagu-lagunya. Bermula dengan lagu Hello yang jadi siulan ramai anak-anak muda, di radio juga tidak kurang hebatnya. Popularitinya semakin meningkat dengan single keduanya yang bertajuk Brokenhearted *ohh, I love love love this song! Aku sendiri macam orang sakai bila dengar lagu-lagu Karmin.


Paling teruja bila dengar rap-rapnya, sumpah lebih baik daripada Nikki Minaj *sorry kak Minaj. Seriously. Kadang-kadang bila aku berangan-angan nak rap macam dia, boleh buat tulang lidah aku tergeliat *lidah takde tulang sorry?
Oleh kerana terlalu fanatik, aku dah download semua lagu-lagu minah ni. Korang try-try laa dengar lagu dia 'Look At Me Now' awesome lah. Sesiapa yang nak try rap macam Karmin memerlukan latihan pernafasan yang sempurna dulu, okayy.



Karmin and her husband, Nick Noonan. Awesome couples!



Sweet kans :) hummmm, melting...melting....





Sunday, September 2, 2012

THE MORE YOU CARE, THE MORE YOU HAVE TO LOSE


To God we all belong, and to Him we will return


Assalamualaikum w.b.t.
Dalam kesedihan yang tak terungkap dengan kata-kata, aku hanya mampu mencatatnya di sini untuk renungan bersama. Betapa pilunya hati bila seseorang yang amat kita sayangi dan amat penting dalam hidup kita, akhirnya pergi menghadap Yang Maha Esa. Sungguh tak ku sangka, hidupnya pergi seawal ini. Umur yang aku rasakan baru hendak menempuh dunia yang nyata, sepatutnya masih gembira merasai nikmat kehidupan. Tetapi, Sang Pencipta lebih menyayangi dirinya.


Sebagai sahabat, aku sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dia di sana. Tak ada apa yang boleh aku lakukan sebagai manusia yang masih diberi peluang menghirup nikmat udara selain berdoa untuk insan yang telah pergi untuk selamanya. Masih berbekas di hati bila teringat segala-galanya yang berkaitan dengan dia. Semenjak dua ini, dia bersikap baik dengan aku, sanggup ajak aku balik sama-sama. Tapi apakan daya, aku tak mampu menemaninya disaat-saat akhir hayatnya.


Sama seperti orang-orang lain yang menyayangi dia, mesti sangat pilu rasa di hati. Apa lagi bila mengenangkan kematiannya yang tragis, tak sanggup aku untuk tempuhi dugaan. Walaupun berat di hati, dan demi iman yang suci, aku tabahkan jua hati yang sebak. Air mata ditahan setiap hari selepas kehilangannya. Betapa aku ketawa di siang hari, hakikatnya aku menangis di malam hari.


Semoga roh arwah Shahrul Afiq Ikbal bin Roslan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah. Takziah kepada seluruh ahli keluarganya.
Al-Fatihah......


Friday, July 27, 2012

Saya Freshie KPMB

> muka freshie sangat lahh ni <


Assalamualaikum w.b.t.


Last update at May 26, OMG dah serabut tengok blog boring ni kan. Urm, sebelum tu nak say yang aku rinduuu duu duu sangat dengan korang-korang yang dekat UIA tu, kat matriks sikit, kat UiTM sikit, kat kolej sikit. Hope korang always ingat aku jugak :,(


Sambil menaip sambil makan burger ni ( patutlah body macam ______ ) my roommates semua tengah sleeping. Dengan takde rasa simpatinya aku bukak lampu bilik ( padann, hihik. ). 




Sebulan dah duduk kat KPMB, the most meaningful experience is masa Minggu Jalinan Ukhuwah ( MJU ). Orientation Committees yang pada mulanya sangat sangat sangat lah garang, buat aku rasa macam "nak balik rumah" atau "nak tukar kolej lain lahh". Seriously, aku hampir hampir fed up dengan MJU. Masuk hari ketiga and so on, barulah terserlah ke'sporting'an mereka ( Oh My English! ).





My roommates > Bajit, Adek, Awin and Me <




Usrah hari Jumaat ( aku ada usrah okayy )





Shooting untuk MMM ( English Camp )




Dipaksa turun padang untuk main frisbee




Shirot & Arina yang bersemangat ( kah kah )




Macam ni tau main dia >.<




Bajit termenung mengenang nasib
  ( masa ni tengah hujan lebat, kami masih di Tesco. So, tengah risau macam mana nak balik kolej )




Adek ^^




Adek & Shirot yang beriman




Team Bravo ( English Camp )




Again.....




Bincang-bincang




Salah satu lokasi shooting kami :p




Shooting...









Tak tau siapa yang snap
( dah la tengah buat muka hudoh )




Di Lab 1, planning sambil pose!




< Kami Merah >




Izzati ^^



That's all ^^ thank you ~

*KPMB stands for Kolej Profesional Mara Beranang ^^


Saturday, May 26, 2012

Bahagian Paling Sakit Bagi Wanita


Assalamualaikum w.b.t.


My mum always told me ( masa zaman sekolah dulu lahh ), 'don't easily give your heart and feelings to someone that you love as long as he is not your husband yet'.


What the cons of that things omg i ever do not want to know. Biarlah mak nak cakap apa pun, kite takmo dengar tahu ? ( anak yang keras kepala ). Disuruhnya supaya jangan dating malam-malam, gelap takde lampu, ( tapi takde lampu kan lagi romantik gitu ). Don't try this at home, ikutlah cakap mak.


Semua tahu, melahirkan anak adalah yang kedua sakitnya selepas menghadapi 'sakaratul maut' ( bagi perempuan lahh ). Tapi yang ketiga tu, it must be sakit hati. Lagi-lagi sakit hati daripada seorang lelaki yang sangat dicintai ( geli ouhh ). Seriously dah takde idea nak tulis apa dalam entri kali nihh. So, jom lahh baca bebelan merepek di waktu petang ku ini.


Hmm, sambil menaip sambil makan roti bakar ( sedap tau ), teringat kat member-memberku yang bermacam ragam bila tengah sakit hati. Ada yang mengamuk baling bantal, gigit-gigit kuku ( haha ), makan banyak-banyak sampai buncit + gemok dan tak kurang jugak yang menangis bawah selimut ( ehehee ). Ermm, takpe takpe. Sakit hati perempuan ni memang susah nak kawal. Lelaki tak buat benda-benda merepek macam tu melainkan lelaki serupa perempuan ( faham-faham jelah ).



Ahha, takmo lahh sakitkan hati perempuan. Kalau tak, jadi macam nihh.



Err cerita pasal sakit hati ni bukanlah bermakna aku tengah sakit hati. Tak tak, cuma dah ter'kecik' hati sikit je nyah ( sape suruh kau buat aku gerammm, haha ). Tapi sekarang dah okey lahh, takde hal sangat.


And now I thought, I used to know you so well so that it will not be the worst thing in my future life and ruins every dreams that i build.


Friday, May 18, 2012

Kuasa Cinta Dulu, Kini dan Selamanya

comel comel comel ^0^


Dulu masa sekolah tadika, selalu main kejar-kejar, lat talilat tamploi, dengan sorang member ni. Sedang ku berlari-lari sambil menyusuri jalan raya yang agak bahaya untuk kanak-kanak secomel aku dulu, kadang-kadang sampai tak sedar aku dah jauh dari rumah. Pernah sampai kena kejar anjing (anak anjing je, bukan anjing pitbull), menangis-nangis nak balik rumah, taubat takmo keluar jauh-jauh lagi. Sambil duduk-duduk dekat atas kerusi depan rumah makan Potato Chips, tiba-tiba ku tersengih-sengih menampakkan gigiku yang cantik sebab terkenangkan insiden kena kejar anjing punya pasal.

       Sampai sekarang masih ingat sebab ada rasa cinta sebagai rakan walaupun masih hingusan.



Naik sekolah rendah, rasa macam dah bajet senior walaupun masih dalam Darjah 2 sebab dah ada adik-adik Darjah 1. Masa tu lah rasa macam nak cari teman sehidup semati (guna 'sehidup semati' sebab nak tunjukkan betapa serious hubungan yang dijalinkan). Mula-mula main usik-usik, sampai buat hatiku jadi marah membara. Lama-lama hantar surat cinta pakai buku garis satu Bahasa Melayu koyak kat tengah-tengah.
        Bila dah declare couple, hatiku sangat berbunga-bunga seperti bunga yang dihantar ke rumah aku, di dalamnya terselit gambar comel seorang jejaka berusia 8 tahun. Wahh, sangat terharu! Tapi tak boleh simpan kat rumah sebab takut kantoi dengan my mum. Dengan berat hati, terpaksa pulangkan balik sambil menangis-nangis kesedihan. Naik setahun lagi, si jejaka mula bermain mata dengan gugurl lain. Hatiku punah berkecai bak kaca dihempas ke batu.
         Dengan serta-mertanya aku memutuskan hubungan kami (sakit hati seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun). Sekarang, ku pasti tersenyum bila mengenangkannya.

         Masih terngiang-ngiang sampai sekarang sebab cinta monyet itu indah ^^



Selangkah kehadapan lagi, kali ni mungkin rasa dah matang untuk bercinta. Kali ni jalinkan hubungan dengan jejaka jauh lebih berusia (nak menunjukkan diri ini sudah matured untuk mengatur hidup), semasa umur 15 tahun. Tempat belajar yang jauh selalu buat aku mabuk cinta, demam rindu. Chocolate Cadbury, Kinder Bueno, dianggap sebagai simbol cinta kami. Bila pulang dari hostel, takkan lepaskan peluang untuk berjumpa.
         Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi bila ku serahkan jiwa ragaku, terus dilamun cinta tanpa jemu. Tak peduli nasihat parents, kawan-kawan (yelah, cinta itu buta). Semakin hari semakin serious, kami merancang masa depan. Dari soal perkahwinan hinggalah soal anak cucu (pemikiran matang seorang student berusia 16 tahun).
         Bila diri tak lagi disayangi, rasa bagai diri inilah yang paling merana dalam dunia. Soal pelajaran langsung ku tinggalkan. Makan minum tak lagi diaturkan. Yang tinggal hanya linangan air mata di pipi setiap hari, masa dan ketika.

         Baru ku sedar, nasihat-nasihat tidak ada yang tak berguna ^^



Masuk 18 tahun, ku lebih berhati-hati memilih pasangan. Tak pernah rasa nak menyekat cinta yang datang. Cuma lebih berhati-hati agar tak berulang kesilapan lalu. Dan kali ini jugalah ku mendapatkan cinta yang tidak ternilai. Cinta yang tiada taranya. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Cinta yang Kekal abadi, Cinta Ilahi.
         Mencari cinta melalu Cinta yang kekal abadi. Akhirnya aku temui. Biarlah cinta itu yang menemukan aku kepada bakal pemilik hati ini. Syukur ^^








Friday, May 11, 2012

Semoga Berjaya Menggapai Cita-citamu ^^


Manisnya gadis-gadis bertudung labuh tuu XD. Labuh kann :p


Assalamualaikum w.b.t.

Keputusan UPU dah keluar. Setinggi tahniah tahap dewa untuk korang yang memang hebat. Lagi-lagi yang dalam gambar kat atas nihh. (gile kau Wanie, saje buat aku nak melalak baca blog kau).


Seriously, aku mula-mula rasa punah, retak jantung bila tak dapat masuk U. Punye lah aku Bismillah bagai, doa-doalah apa yang patut time nak buka laman web UPU tuhh. Bila dah agak-agak ready, aku pun bukak lahh. Masukkan no IC and tunggu result dia loading lama sangat. Sempat lahh pergi dapur minum air kejap. Bila tengok balik, rasa nak jerit pun ada. Tapi tahan jela kann, tak dapat.


Then, aku dapat call dari korang, semua dapat ! Pppuuiiihh :p Mula-mula aku macam orang takde iman, nak bunuh diri la, tak nak hidup lagi laa. Hahahaa. Macam-macam. Sempat jugak ajak 'abang' kahwin cepat-cepat. Tak sanggup manahan malu punya pasal lahh :))
 
 
Memang dulu dapat banyak tohmahan dari budak-budak SC. Ada yang siap menuding jari ke arah pelajar sastera macam kitorang ni sebagai penyebab diorang jatuh ranking. Time tuhh tak tau nak cakap apa. Agak dingin lahh dengan budak-budak SC. Apa boleh buat, kita pun buktikan yang kita dah buat yang terbaik. Dan hasilnya,korang memang the best!


Aku pun nak upload jugak gambar member-member yang dapat UIAM nihh. Hihihiii ....

 Asasi Sains Kemanusiaan (UIAM)
Budak kecik yang tak matang-matang :p
Tapi success dalam study. Bye2 Wanie :))



Asasi Undang-undang (UIAM)
Best friend forever yep nyah !
Jangan takut masuk UIA, belajar tajwid betul-betul :p


Asasi Sains Kemanusiaan (UIAM)
Banyak cakap minah nihh. Congrats Pika.


Asasi Sains Kemanusiaan (UIAM)
Pendorong semangat aku dulu taw taw :)
Setakat nihh aku tak tahu apa-apa lagi pasal Eypah.
Menyampah nyah !


Asasi Bahasa Arab (UIAM)
Gadis manis wuuu. Lemah lembut je kan3.


Bestie yang tak dapat dipisahkan lagi.
Good Luck ya!


Diploma Undang-undang (UNISZA)
Masih dalam kursus Bahasa Inggeris di Kelana Jaya


 Dah dua bulan keluar PLKN tapi...
Masih tercari-cari arah tuju hidup
Bakal jururawat insyaallah :))


Ye Wanie, aku ingat lagi semua perangai kita time sekolah dulu. Lagi-lagi time SPM, macam haram jadah kann. Ponteng kelas Ustaz Nazom sampai kena mention nama dalam surau lepas sembahyang Maghrib kat surau putera yang tak boleh belahnye.


Yang pastinya, janganlah bawak perangai tuhh kat U nanti ye. Kalau nak kena tendangmasukgol, buatlahh. No karok-karok, no movies, no fly, no hotel bajet. Hahahaha.... Belajar rajin-rajin ye semua. Aku pun akan belajar rajin-rajin, tak macam dulu lagi.


Kita akan grad sama-sama suatu hari nanti.
p/s : sorry upload gambar korang yang dah berabuk tuhh. HAHA :p


Monday, May 7, 2012

HAPPY MOTHER'S DAY


Assalamualaikum w.b.t.



Baru-baru ni selalu jugak lahh dengar Hari Ibu haram disambut sebab sama dengan sambutan Mothering Sunday yang disambut oleh kaum Yahudi setiap tahun. Bagi aku, orang bhengong je yang cakap Hari Ibu tu haram disambut. Semua depends on niat kita lahh. Tak semestinya nak kena tunggu Hari Ibu baru nak sambut, dukung-dukung, cium peluk mak korang tuhh. Pendapat aku lah, Hari Ibu ni just macam kita special kan satu hari untuk raikan ibu korang sepuas-puasnya. So, tak payah lah ambik kisah sangat kalau orang cakap Hari Ibu haram disambut. Dengar ayat tu je macam tak masuk akal!


Okay, tak puas hati? Werkk! :p ... Bila cakap pasal Hari Ibu ni, siapa yang rasa-rasa sayang giloss dengan mak/mama/ibu/mummy/ummi korang, aku secara automatiknya dapat idea macam mana nak buat mak korang senyum dari telinga ke telinga dan sekaligus rasa bertuah dapat anak macam korang ni haa XD ( ikut kategori mak yang macam mana okay )


1.       Mak yang jenis ‘rugget’ and 'stylish'


Mum korang jenis yang macam nih? Kiranya mum yang up-to-date lahh ni. Maybe korang boleh spend satu hari bawak mum korang shopping kat tempat-tempat yang ada jual macam-macam barangan kesukaan dia. Tapi janganlah korang bawak je, pastikan korang belikan sekali barang-barang yang dia nak.




2.       Mak biasa-biasa je, mak tak kisah naaak.


Okay, untuk mum yang menonong je macam nihh, aku dapat inspirasi daripada cerita WHI. Buat MAKEOVER untuk mum! I think it’s quite interest. Memang seronok bila tengok mum korang berubah wajah kan? Bawak lah dia pergi spa or saloon, buat-buat rambut, make-up2 sikit. Untuk yang bertudung, sekarang ni melambak tudung trendy, murah-murah lagi nyah. Cuba sarungkan or lilit-lilit sikit untuk dia, confirm puas hati.




3.       Ibuku ustazah.


Siapa cakap ustazah tak boleh diraikan? Ada cara tersendiri untuk mum yang ada pegangan agama yang teguh macam nihh. Tak payah susah-susah beli jubah, tudung labuh, telekung ke kan. Korang boleh plan satu family, buat surprise party untuk dia. But, no bicarbonate drink, no hardcore music. Cukuplah sekadar dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah J (jubah, telekung, semua tu boleh je dibuat sebagai hadiah sampingan)




4.       Datin-datin Wannababes.


Siapa yang dari kategori anak-anak datin, boleh try cara nih. Inilah masanya nak tunjukkan dekat mum korang bahawa korang sayang dia. Contact semua kawan-kawan datin dia, then korang pakat sekali dengan anak datin-datin tuhh. Bawak diorang pergi holiday sama-sama dengan korang yang berpakat tadi, n tempat yang paling sesuai of course lah kat tepi pantai. Macam reunion datin-datin kan? It must be fun!




5.       Ibu tunggal.


Semestinya perlu diraikan! Bukan senang nak bela korang oii. Lagi-lagi hidup sorang-sorang, tanpa suami. Maybe korang boleh buat dia tersenyum lepas meraikannya. Aku rasa, mana-mana cara pun bereh. Sebagai ibu tunggal, dia pasti sangat menghargai usaha korang untuk jadi yang terbaik di matanya ^^



Kalau rasa-rasa mak korang takde dalam kategori kat atas, tak payah la dok migrain fikir macam mana nak sambut. Nama pun ibu/mak/mama whatever lahh, of course dia akan hargai setiap usaha korang. For muslim, doa kesejahteraan ibu bapa tu wajib nak! Jangan lupa doakan supaya parents korang happy selalu.




For me, my mum is everything walaupun dia garang ^0^...


Saturday, April 14, 2012

Kembali Berblogging ^^ Miss Al-Farabi Crews


 Tak semestinya yang kita rindu tu sedang merindui kita ^^



Assalamualikum w.b.t.


Happy Day guys! Aku baru teringat nak update blog yang dah berhabuk ni. Tak ingat langsung aku ade blog. Heheh... Dah ada simptom dah nak tua nampaknya. Habislah macam nihh. Btw, aku dah sebulan tanam anggur kat rumah tapi tak berbuah-buah. Lama-lama boleh kembang hidung aku duduk rumah je. Ni lah hidup lepas SPM. Tak semua dapat kerja, Tak semua jugak yang take part dalam kursus-kursus. Aku? Kursus menjadi surirumah tangga yang takde tangga. 



Interview untuk diploma muzik dan seni persembahan kat UPSI memang bukan rezeki aku. Tak sangka pulak impian yang ditanam daripada kecikcomel lagi boleh punah macam tu je. Tapi maybe ada jalan lain. Bak kata member aku, 'rezeki Allah ada di mana-mana'.



Okay, that's not the main point. Aku sebenarnya tengah rindu tahap dewa kat budak-budak kelas dulu yang dah 2 tahun bersama tuhh.








Rindu giloss! Tetibe teringat zaman-zaman muda dulu. Zaman malas nak belajar tuhh. Yes, kelas kami memang sangat terkenal dengan kemalasannya. Tapi kadang-kadang berguna jugak lahh. Anyway, memang miss tahap gaban kat korang. Tuhan je tahu betapa aku rindukan saat-saat kat kelas dulu. Korang the best! Sumpah aku cakap neyh, walaupun dulu aku buat tak tahu je dengan keadaan kelas.



Sampai satu tahap aku macam nak buat reunion kelas dahh. Hahah. Tapi tuhh merepek sajaa. But, aku harap sangat-sangat korang semua tak lupa antara satu sama lain. 23 ahli dah cukup buat aku happy sampai bila-bila. Thanks a lot guys.


LOL :)

Tuesday, March 20, 2012

SUMPAH ! KEM PINGGIRAN PELANGI TERBAIK !


~ THE SWEETEST MEMORY IN KEM PINGGIRAN PELANGI ~

         Assalamualaikum w.b.t. Tak sangka 17 Mac sampai begitu cepat. Berat gile hati ni nak balik rumah and terpaksa tinggalkan member-member yang gila macamnaksepok! Dan dah lama jugak aku tinggalkan blog ni bersawang. Member-member sekolah pulak sibuk suruh aku update blog ni. Okay, sekarang aku dah update. Meh sini aku nak cerita betapa BEST nya hidup aku kat kem selama 2 bulan setengah ni. 



KAMI WIRAWATI NEGARA !  ecececehhhh .....
Lepas dapat sijil tamat PLKN, memang gumbira gilaaa! Ni haa muka-muka terlebih kasih sayang.


        Nak dipendekkan cerita, seminggu sebelum kitorang berambus dari kem tu, kitorang dah plan cantek-cantek dah nak berenang dalam kolah kat penginapan tu. Heheheh... Jangan kompius. Ingat wira-wira je boleh buat kerja haram? Wirawati pon duakaliseploh sajaa. Tapi minggu last tu jugak la minggu yang paling busy sekali dalam banyak-banyak minggu kat kem tu. Macam-macam benda nak kena fikirkan. And minggu last jugak la aku dah tak berapa selera nak makan bila terfikir kem ni dah nak habis.

       Memandangkan aku ex-student SMKAS, so ramai jugak member-member dari satu sekolah masuk kem ni. Dekat kemni jugak lah aku kenal dengan sorang budak kecik ni, memang nakal ( Adek @ Aisyah Jamaludin ). Dia the only budak Kuantan yang boleh masuk dengan kitorang semua.



ADEK gila !


       Nak cerita pasal Adek ni, memang sampai esok pon tak habis. She’s the one who always make me annoy. Tapi Adek tetap aku sayang lahh. Paling aku tak boleh lupa bila kitorang skodeng budak-budak Chinese buat kerja haram dekat kelas. Heheheheh! Lagi-lagi time solat Jumaat n solat Zohor. Kadang-kadang time lepas makan tengahari weekends. Setiap minggu kitorang skodeng mesti ade je yang buat kerja-kerja tak senonoh tu. Hampeh! Ehh, tapi korang jangan fikir yang bukan-bukan. Bukan nak kata apa laa, kitorang cuba untuk buat report tapi better tak payah. Kalau Melayu yang buat memang aku terjahh je. Peduli hape aku. Siang-siang bute pon jadi.

       Dekat kem tu, aku, Kaka, Efa, Adek, Odah semuanya dalam kompeni Delta the best! Rex sorang-sorang tercampak dekat kompeni Charlie. Ape boleh buadd. Rex always dengan kitorang. Tak kemana pon lahh. Masa awal-awal dulu, Delta always ranking teratas. Tapi bila dah nak habis kem ni, jatuh menjunam! Apa yang dapat aku rasakan dalam minggu-minggu terakhir tu adalah tekanan perasaan sikit la. Asyik kena push je, siapa tahan. Lagi-lagi dalam kawad n kembara halangan. Aku dapat rasakan semenjak hilangnya jurulatih Delta, arwah Cikgu Zabani, kitorang dah tak semangat macam dulu lagi.



Lakonan berita di TV konon-konon laa


       Dalam kelas pulak, seriously macam dah kembali ka alam kanak-kanak semula. Semua aktiviti yang kena buat, tak semua yang aku bersemangat nak buat. Mungkin aktiviti dalam kelas patut di improve untuk masa-masa akan datang setanding dengan umur 18 tahun. Tapi tak dinafikan jugak la, ada jugak aktiviti yang menguji sejauh mana kreatifnya pemikiran seseorang tu. Untuk aktiviti yang macam tu, memang aku layankan je. Best jugak la.

TIPS ACANE NAK KEKAL SEBAGAI SAHABAT BAIK POREBER :

1.       Dengar je semua cerita suka duka dia
Macam yang kitorang buat dekat Adek, apa yang dia katakan, kitorang always say ‘yes’. Nak buat macam mana, pernah dengar ‘katakan YA kepada kanak-kanak’? Heheheheh.... Bagi aku, Adek ni belum cukup matang lagi untuk capai umur 18 tahun walaupun dia dah berumur 18 sebenarnya.

2.       Layankan kepalahotak dia
Dalam ramai-ramai member aku kat kem ni, Kaka yang paling aku rasa macam nak sepok je. Dulu dia pernah satu sekolah dengan aku tapi kitorang langsung tak rapat. Ermm, maybe dia tak pernah kenal pon aku dulu. Tapi lepas jumpa dia kat sini, OMG! Minah  ni memang sangat senget, bengong lagi. So, dengan aku sekali bengong sebab layankan kepalahotak dia tu. Tapi kenangan dengan Kaka lah yang paling aku tak boleh lupa sampai bila-bila.



Kaka @ Nuratikah Darwesh


3.       Kalau dia nak apa-apa, hambik laaa.. Bagi jee..
Nama pon kawan, memang tak sampai hati lah kalau tak dapat tunaikan apa yang diorang nak. Untuk kes yang macam ni, kitorang selalu ikutkan kehendak siapa-siapa je yang paling teguh pendiriannya. Kalau ada yang tak mahu mengalah tu, ok fine. Kitorang bagi jela apa yang dia nak. Hambik...hambik.... Hahahaa! Bukan apa, nak jaga hati punya pasal. Tak nak la runtuhkan persahabatan yang dah dibina baik-baik selama 2 bulan setengah tu.

4.       Cutting fulus masing-masing
Bagi kitorang yang tak loaded langsung ni, kitorang amalkan aktiviti potong-memotong duit masing-masing setiap kali terasa nak melantak makanan kat Giant. Ambik la RM 2 or 3 sorang, then shopping la kat Giant. Biasa lah, masing-masing parents bukannya duduk dekat-dekat nak hantar duit je kerjanya. Dengan cara macam ni, at least jimat sikit kos duduk sana. Adil dan saksama!


Baru lepas " cutting " duit En. Halim . Muahahaha !


5.       Ciptalah seberapa banyak mungkin kenangan kat sana
Dari awal lagi aku dah fikir tempoh 2 bulan setengah tu tak lama mana pon. So, setiap apa yang kitorang lakukan, kitorang make sure semua tu adalah manis. Tak kan ada yang pahit dalam tempoh tu. Tapi, biasalah manusia. Setiap yang manis, mesti ada terselit yang pahit. (mak aihh ayat aku). Kitorang punya cerita pon tak semuanya manis. Terasa hati dalam kalangan kitorang pon ada.



Odah, Aku, Kaka, Efa n Adek !
Full Celoreng tetap di hati kami <3 hehehe...




       Okay, penat cerita pasal kenangan kat kem, tak semestinya aku lupakan member-member sekolah yang dah lama tak jumpa tu. Aku sentiasa ingat kat diorang even aku dalam kem tu sekalipun. Mungkin kenangan aku akan lebih manis bila ada diorang jugak. Tak sangka, zaman sekolah aku dah habis. Aku Cuma berharap kawan-kawan rapat aku dulu takkan pernah lupa antara satu sama lain. Semua orang ada haluan masing-masing lepas ni. So, buatlah yang terbaik dalam hidup korang. Kalau ada yang pernah buat kesilapan dalam hidup sebelum ni, jadikan ia sebagai satu cabaran untuk lebih berjaya pada masa akan datang. (essay BM) hehehe...


Aku yang korang sayang ~