CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 3, 2011

SENYUM (^_^)


' SENYUM ITU KELOPAK . . .
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA '


Assalamualaikum peeps ! Okay , agak lama aku tak update blog sebelum entri yang pasal kem tu . Busy giler dengan paper SPM yang tak habis - habis lagi ni . Online pon selit - selit je ni . Lagipun , jarak dari satu paper ke satu paper yang lain memang jauh - jauh sangat sampai sempat aku dengan member - member ' berfoya - foya ' jalan sana sini . Hampeh !

Okay , hari ni meh kita borak pasal ' Faedah Senyum (^_^) '. Haa tu diaaa . Macam pakar je kan bab - bab senyum ni . Tapi takpe lah , aku just nak share sikit je daripada apa yang aku dah baca kat mana - mana buku or websites .

1. Korang kena tau sebenarnya senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon - hormon . Senyum sebenarnya jogging ?? wauuu ! Okay , lepas ni pagi - pagi lepas bangun tidur tak payah susah - susah kita bersiap pergi jogging sebab dengan senyum je dak dikira berjogging . 


2.  Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Boleh bayang tak macam mana badan kita tersenyum ? ? Keh keh keh . . .


3. Korang juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


4. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 


5. Awet muda . Okay , yang ni mesti ramai yang suka . Siapa tak suka bila muka kita kekal muda macam zaman - zaman anak dara or bujang - bujang kan ? Kajian menunjukkan bila kita senyum , lebih daripada berapa ratus tah otot - otot kita ni bergerak . Fuyyoo ! Dahsyat betul tu . 


Kalau korang rasa payah naa nak senyum tu , rajin - rajinlah senyum kat orang lain lepas ni . Tak pakai modal pon , kalau tak ikhlas pon takpe lah heh ! Yang penting SENYUM (^_^) . <----- dari tadi muka beruang ni . Aku tau betapa menyampah nye rasa hati & jantung ni bila kita senyum kat orang , dia boleh buat beruang je . Rasa macam nak bagi penyepak seploh das je rasanya . 


Okay , cuba try senyum lepas tengok ni :


keh keh keh . . . rasa awet muda ~ lalalala ~


Daa ~

Thursday, December 1, 2011

Kem Pinggiran Pelangi , Muadzam Shah , Pahang . . .


Okay , aku bukan nak cerita pasal kem tah pape . But , u know what ? Aku dapat kem PLKN kat sini lah . Aduhaiii ~ Bukan mengeluh sebab apa , tapi sangat jauh dari rumah ! Ayah dah cakap awal - awal ,

' Kalau Ayu dapat kem jauh - jauh , tak dapek den nak nolong eh . Duduk la sorang - sorang kat situ '

hewwww ~ kurang asam . . .

Hey , please lah . Mula - mula aku memang excited nak pergi PLKN ni . Tapi bila dapat tau kena pergi kem kat situ , lemah semangat ! Aku dah survey tempat tu . Not bad la , dalam hutan rasanya .




yea , inilah dia . . .

By the way , untuk cari member baru tu tak jadi masalah bagi aku . Nasiblah kau Ayu ~
Okay , bye !