CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 26, 2012

BILA DAH HABIS SEKOLAH, MULA LAH RINDU KAWAN-KAWAN XD


Assalamualaikum  XD

Sebelum dengan berat hati melangkah pergi esok, aku nak buat satu entri khas untuk member-member sekolah dulu yang dah demam rindu agaknya diorang tuhh . Lagi-lagi Wanie, nak nanges lah ape lah . Hahahaa . Ye, ye, aku faham . Tak semua dalam kalangan kita akan bersama selamanya . Setiap orang ada haluan masing-masing so terima lah dengan redha, bukan pasrah . ( macam kenal ek ayat ni ) .


If you are alone,
I'll be your shadow...
If you want to cry,
I'll be your shadow...
If you're not happy,
I'll be your smile...
If you need me,
I always be there...

Our friendship is a gift
I enjoy opening everyday !


So, sempena umur aku yang dah masuk 18 hari ni, aku just nak ingatkan kita semua dah besar. Umur yang terbaik untuk kita tentukan masa depan yang lebih teratur dan terjamin. Macam aku tengok tanglung yang terbang atas langit masa Tahun Baru Cina hari tu, apa yang aku bayangkan adalah kebebasan hidup seperti bebasnya tanglung-tanglung tu. Sedih maa tengok! Hahahahaa... Macam tak logik ek tetibe nak sodeh-sodeh pulak tengok benda alah tu.

Tak kesah lah korang kemana pun lepas ni, tak kan korang nak lupakan antara satu sama lain. Paling-paling pun ingat muka pun jadi lahh. Time dah tua ganyut nanti kalau tak ingat tu normal lah. Hehehe... Cuba kita imbas balik la apa yang kita lalui masa zaman sekolah dulu. Tak lama pon. Baru sebulan lebih kita tinggalkan sekolah. Apa yang paling buat aku tak boleh lupa bila korang sambut Birthday aku tahun lepas dengan air katak. Woaaa! Terbaikkk lahh korang. Last-last mandi tengah malam sama-sama.

Okay, tak payah lah cerita banyak-banyak. Nanti Wanie menangis. Hehehee... Ye, aku ingat, aku lah yang paling setan dulu. Sampai sekarang kat Kem PLKN pon aku tetap setan dan setan-setan tu takkan dapat keluar dari dalam badan aku. 

Pesan aku yang setan ni untuk kawan-kawan terbaik aku :
1. Jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.
2. Rancanglah masa depan yang lebih baik daripada hari semalam.
3. Berubah sama-sama.


That's all kawan (^^,)
Ingat aku selalu...




Tuesday, January 24, 2012

SALAM RINDU BUAT BLOGGERS !

Memang dah lama giler tak menulis. Rindu BLOGGING ! Bersawang habis blog aku. Shoutmix chatbox pon entah bila expired pon aku tak tahu. Hahh ! Okay, bila dah masuk tahun baru ni, aku ingat aku nak mem'baru' kan blog jugak lah. Bosan la tengok layout dan theme yang same je. Pulak tu gambar aku nak besar-besar kat atas sekali. Memang rasa macam nak bagi penyepak kan.


Bila dah lama tak menulis ni, macam-macam yang aku nak tulis. Kalau takde kesempatan, aku siap menulis dekat phone lagi. Punye la bosan hidup ni. Okay,sekarang nak cerita pasal kehidupan aku dekat Kem PLKN baru-baru ni. Cerita aku selama 3 minggu kat sana memang sangat memenatkan. 



Second day kitorang kat sana. Ni semua budak-budak dari Kluang. Takde pape aktiviti lagi time nihh. Keje bergambar je lah kitorang.




Time minum pagi. Tak mandi lagi ni budak-budak ni. Hehehe...




Cheers !




Minah-minah giler lensa .




Rex ni baru lepas bersiap. Punye lah lama kitorang tunggu dia bersiap. Lepas tu bila dah siap, tersengih-sengih macam ni.




Kami lah wirawati negara ! Cehh .




Posing depan surau yang di sebelahnya ada hutan belantara .






On the way nak pergi lunch .




Tengah cover gigi ada choki-choki Giant . Muehehe !


Setakat ni gambar-gambar yang kitorang snap just masa hari Ahad je. Maklumla, hari Ahad je dapat phone. Tu yang gambar pon tak berapa jelas. 

Aktiviti yang paling aku menyampah sekali time kelas Pembinaan Karakter. Agak kebudak-budakan la kelasnya. Kelas tu memang khas untuk main je. Tak pernah aku join kelas yang main je kerjanya. Tapi bila tengok cikgu-cikgu yang memang bersemangat jalankan aktiviti dalam kelas tu, tak sampai hati pulak nak abaikan apa yang disuruh. So, nak atau tak nak terpaksalah layankan.

Mungkin 1 hari nanti aku akan faham apa sebenarnya yang diorang nak dalam PLKN ni.

Daa ~