CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 26, 2012

Bahagian Paling Sakit Bagi Wanita


Assalamualaikum w.b.t.


My mum always told me ( masa zaman sekolah dulu lahh ), 'don't easily give your heart and feelings to someone that you love as long as he is not your husband yet'.


What the cons of that things omg i ever do not want to know. Biarlah mak nak cakap apa pun, kite takmo dengar tahu ? ( anak yang keras kepala ). Disuruhnya supaya jangan dating malam-malam, gelap takde lampu, ( tapi takde lampu kan lagi romantik gitu ). Don't try this at home, ikutlah cakap mak.


Semua tahu, melahirkan anak adalah yang kedua sakitnya selepas menghadapi 'sakaratul maut' ( bagi perempuan lahh ). Tapi yang ketiga tu, it must be sakit hati. Lagi-lagi sakit hati daripada seorang lelaki yang sangat dicintai ( geli ouhh ). Seriously dah takde idea nak tulis apa dalam entri kali nihh. So, jom lahh baca bebelan merepek di waktu petang ku ini.


Hmm, sambil menaip sambil makan roti bakar ( sedap tau ), teringat kat member-memberku yang bermacam ragam bila tengah sakit hati. Ada yang mengamuk baling bantal, gigit-gigit kuku ( haha ), makan banyak-banyak sampai buncit + gemok dan tak kurang jugak yang menangis bawah selimut ( ehehee ). Ermm, takpe takpe. Sakit hati perempuan ni memang susah nak kawal. Lelaki tak buat benda-benda merepek macam tu melainkan lelaki serupa perempuan ( faham-faham jelah ).



Ahha, takmo lahh sakitkan hati perempuan. Kalau tak, jadi macam nihh.



Err cerita pasal sakit hati ni bukanlah bermakna aku tengah sakit hati. Tak tak, cuma dah ter'kecik' hati sikit je nyah ( sape suruh kau buat aku gerammm, haha ). Tapi sekarang dah okey lahh, takde hal sangat.


And now I thought, I used to know you so well so that it will not be the worst thing in my future life and ruins every dreams that i build.


Friday, May 18, 2012

Kuasa Cinta Dulu, Kini dan Selamanya

comel comel comel ^0^


Dulu masa sekolah tadika, selalu main kejar-kejar, lat talilat tamploi, dengan sorang member ni. Sedang ku berlari-lari sambil menyusuri jalan raya yang agak bahaya untuk kanak-kanak secomel aku dulu, kadang-kadang sampai tak sedar aku dah jauh dari rumah. Pernah sampai kena kejar anjing (anak anjing je, bukan anjing pitbull), menangis-nangis nak balik rumah, taubat takmo keluar jauh-jauh lagi. Sambil duduk-duduk dekat atas kerusi depan rumah makan Potato Chips, tiba-tiba ku tersengih-sengih menampakkan gigiku yang cantik sebab terkenangkan insiden kena kejar anjing punya pasal.

       Sampai sekarang masih ingat sebab ada rasa cinta sebagai rakan walaupun masih hingusan.



Naik sekolah rendah, rasa macam dah bajet senior walaupun masih dalam Darjah 2 sebab dah ada adik-adik Darjah 1. Masa tu lah rasa macam nak cari teman sehidup semati (guna 'sehidup semati' sebab nak tunjukkan betapa serious hubungan yang dijalinkan). Mula-mula main usik-usik, sampai buat hatiku jadi marah membara. Lama-lama hantar surat cinta pakai buku garis satu Bahasa Melayu koyak kat tengah-tengah.
        Bila dah declare couple, hatiku sangat berbunga-bunga seperti bunga yang dihantar ke rumah aku, di dalamnya terselit gambar comel seorang jejaka berusia 8 tahun. Wahh, sangat terharu! Tapi tak boleh simpan kat rumah sebab takut kantoi dengan my mum. Dengan berat hati, terpaksa pulangkan balik sambil menangis-nangis kesedihan. Naik setahun lagi, si jejaka mula bermain mata dengan gugurl lain. Hatiku punah berkecai bak kaca dihempas ke batu.
         Dengan serta-mertanya aku memutuskan hubungan kami (sakit hati seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun). Sekarang, ku pasti tersenyum bila mengenangkannya.

         Masih terngiang-ngiang sampai sekarang sebab cinta monyet itu indah ^^



Selangkah kehadapan lagi, kali ni mungkin rasa dah matang untuk bercinta. Kali ni jalinkan hubungan dengan jejaka jauh lebih berusia (nak menunjukkan diri ini sudah matured untuk mengatur hidup), semasa umur 15 tahun. Tempat belajar yang jauh selalu buat aku mabuk cinta, demam rindu. Chocolate Cadbury, Kinder Bueno, dianggap sebagai simbol cinta kami. Bila pulang dari hostel, takkan lepaskan peluang untuk berjumpa.
         Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi bila ku serahkan jiwa ragaku, terus dilamun cinta tanpa jemu. Tak peduli nasihat parents, kawan-kawan (yelah, cinta itu buta). Semakin hari semakin serious, kami merancang masa depan. Dari soal perkahwinan hinggalah soal anak cucu (pemikiran matang seorang student berusia 16 tahun).
         Bila diri tak lagi disayangi, rasa bagai diri inilah yang paling merana dalam dunia. Soal pelajaran langsung ku tinggalkan. Makan minum tak lagi diaturkan. Yang tinggal hanya linangan air mata di pipi setiap hari, masa dan ketika.

         Baru ku sedar, nasihat-nasihat tidak ada yang tak berguna ^^



Masuk 18 tahun, ku lebih berhati-hati memilih pasangan. Tak pernah rasa nak menyekat cinta yang datang. Cuma lebih berhati-hati agar tak berulang kesilapan lalu. Dan kali ini jugalah ku mendapatkan cinta yang tidak ternilai. Cinta yang tiada taranya. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Cinta yang Kekal abadi, Cinta Ilahi.
         Mencari cinta melalu Cinta yang kekal abadi. Akhirnya aku temui. Biarlah cinta itu yang menemukan aku kepada bakal pemilik hati ini. Syukur ^^








Friday, May 11, 2012

Semoga Berjaya Menggapai Cita-citamu ^^


Manisnya gadis-gadis bertudung labuh tuu XD. Labuh kann :p


Assalamualaikum w.b.t.

Keputusan UPU dah keluar. Setinggi tahniah tahap dewa untuk korang yang memang hebat. Lagi-lagi yang dalam gambar kat atas nihh. (gile kau Wanie, saje buat aku nak melalak baca blog kau).


Seriously, aku mula-mula rasa punah, retak jantung bila tak dapat masuk U. Punye lah aku Bismillah bagai, doa-doalah apa yang patut time nak buka laman web UPU tuhh. Bila dah agak-agak ready, aku pun bukak lahh. Masukkan no IC and tunggu result dia loading lama sangat. Sempat lahh pergi dapur minum air kejap. Bila tengok balik, rasa nak jerit pun ada. Tapi tahan jela kann, tak dapat.


Then, aku dapat call dari korang, semua dapat ! Pppuuiiihh :p Mula-mula aku macam orang takde iman, nak bunuh diri la, tak nak hidup lagi laa. Hahahaa. Macam-macam. Sempat jugak ajak 'abang' kahwin cepat-cepat. Tak sanggup manahan malu punya pasal lahh :))
 
 
Memang dulu dapat banyak tohmahan dari budak-budak SC. Ada yang siap menuding jari ke arah pelajar sastera macam kitorang ni sebagai penyebab diorang jatuh ranking. Time tuhh tak tau nak cakap apa. Agak dingin lahh dengan budak-budak SC. Apa boleh buat, kita pun buktikan yang kita dah buat yang terbaik. Dan hasilnya,korang memang the best!


Aku pun nak upload jugak gambar member-member yang dapat UIAM nihh. Hihihiii ....

 Asasi Sains Kemanusiaan (UIAM)
Budak kecik yang tak matang-matang :p
Tapi success dalam study. Bye2 Wanie :))



Asasi Undang-undang (UIAM)
Best friend forever yep nyah !
Jangan takut masuk UIA, belajar tajwid betul-betul :p


Asasi Sains Kemanusiaan (UIAM)
Banyak cakap minah nihh. Congrats Pika.


Asasi Sains Kemanusiaan (UIAM)
Pendorong semangat aku dulu taw taw :)
Setakat nihh aku tak tahu apa-apa lagi pasal Eypah.
Menyampah nyah !


Asasi Bahasa Arab (UIAM)
Gadis manis wuuu. Lemah lembut je kan3.


Bestie yang tak dapat dipisahkan lagi.
Good Luck ya!


Diploma Undang-undang (UNISZA)
Masih dalam kursus Bahasa Inggeris di Kelana Jaya


 Dah dua bulan keluar PLKN tapi...
Masih tercari-cari arah tuju hidup
Bakal jururawat insyaallah :))


Ye Wanie, aku ingat lagi semua perangai kita time sekolah dulu. Lagi-lagi time SPM, macam haram jadah kann. Ponteng kelas Ustaz Nazom sampai kena mention nama dalam surau lepas sembahyang Maghrib kat surau putera yang tak boleh belahnye.


Yang pastinya, janganlah bawak perangai tuhh kat U nanti ye. Kalau nak kena tendangmasukgol, buatlahh. No karok-karok, no movies, no fly, no hotel bajet. Hahahaha.... Belajar rajin-rajin ye semua. Aku pun akan belajar rajin-rajin, tak macam dulu lagi.


Kita akan grad sama-sama suatu hari nanti.
p/s : sorry upload gambar korang yang dah berabuk tuhh. HAHA :p


Monday, May 7, 2012

HAPPY MOTHER'S DAY


Assalamualaikum w.b.t.



Baru-baru ni selalu jugak lahh dengar Hari Ibu haram disambut sebab sama dengan sambutan Mothering Sunday yang disambut oleh kaum Yahudi setiap tahun. Bagi aku, orang bhengong je yang cakap Hari Ibu tu haram disambut. Semua depends on niat kita lahh. Tak semestinya nak kena tunggu Hari Ibu baru nak sambut, dukung-dukung, cium peluk mak korang tuhh. Pendapat aku lah, Hari Ibu ni just macam kita special kan satu hari untuk raikan ibu korang sepuas-puasnya. So, tak payah lah ambik kisah sangat kalau orang cakap Hari Ibu haram disambut. Dengar ayat tu je macam tak masuk akal!


Okay, tak puas hati? Werkk! :p ... Bila cakap pasal Hari Ibu ni, siapa yang rasa-rasa sayang giloss dengan mak/mama/ibu/mummy/ummi korang, aku secara automatiknya dapat idea macam mana nak buat mak korang senyum dari telinga ke telinga dan sekaligus rasa bertuah dapat anak macam korang ni haa XD ( ikut kategori mak yang macam mana okay )


1.       Mak yang jenis ‘rugget’ and 'stylish'


Mum korang jenis yang macam nih? Kiranya mum yang up-to-date lahh ni. Maybe korang boleh spend satu hari bawak mum korang shopping kat tempat-tempat yang ada jual macam-macam barangan kesukaan dia. Tapi janganlah korang bawak je, pastikan korang belikan sekali barang-barang yang dia nak.




2.       Mak biasa-biasa je, mak tak kisah naaak.


Okay, untuk mum yang menonong je macam nihh, aku dapat inspirasi daripada cerita WHI. Buat MAKEOVER untuk mum! I think it’s quite interest. Memang seronok bila tengok mum korang berubah wajah kan? Bawak lah dia pergi spa or saloon, buat-buat rambut, make-up2 sikit. Untuk yang bertudung, sekarang ni melambak tudung trendy, murah-murah lagi nyah. Cuba sarungkan or lilit-lilit sikit untuk dia, confirm puas hati.




3.       Ibuku ustazah.


Siapa cakap ustazah tak boleh diraikan? Ada cara tersendiri untuk mum yang ada pegangan agama yang teguh macam nihh. Tak payah susah-susah beli jubah, tudung labuh, telekung ke kan. Korang boleh plan satu family, buat surprise party untuk dia. But, no bicarbonate drink, no hardcore music. Cukuplah sekadar dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah J (jubah, telekung, semua tu boleh je dibuat sebagai hadiah sampingan)




4.       Datin-datin Wannababes.


Siapa yang dari kategori anak-anak datin, boleh try cara nih. Inilah masanya nak tunjukkan dekat mum korang bahawa korang sayang dia. Contact semua kawan-kawan datin dia, then korang pakat sekali dengan anak datin-datin tuhh. Bawak diorang pergi holiday sama-sama dengan korang yang berpakat tadi, n tempat yang paling sesuai of course lah kat tepi pantai. Macam reunion datin-datin kan? It must be fun!




5.       Ibu tunggal.


Semestinya perlu diraikan! Bukan senang nak bela korang oii. Lagi-lagi hidup sorang-sorang, tanpa suami. Maybe korang boleh buat dia tersenyum lepas meraikannya. Aku rasa, mana-mana cara pun bereh. Sebagai ibu tunggal, dia pasti sangat menghargai usaha korang untuk jadi yang terbaik di matanya ^^



Kalau rasa-rasa mak korang takde dalam kategori kat atas, tak payah la dok migrain fikir macam mana nak sambut. Nama pun ibu/mak/mama whatever lahh, of course dia akan hargai setiap usaha korang. For muslim, doa kesejahteraan ibu bapa tu wajib nak! Jangan lupa doakan supaya parents korang happy selalu.




For me, my mum is everything walaupun dia garang ^0^...