CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 20, 2012

SUMPAH ! KEM PINGGIRAN PELANGI TERBAIK !


~ THE SWEETEST MEMORY IN KEM PINGGIRAN PELANGI ~

         Assalamualaikum w.b.t. Tak sangka 17 Mac sampai begitu cepat. Berat gile hati ni nak balik rumah and terpaksa tinggalkan member-member yang gila macamnaksepok! Dan dah lama jugak aku tinggalkan blog ni bersawang. Member-member sekolah pulak sibuk suruh aku update blog ni. Okay, sekarang aku dah update. Meh sini aku nak cerita betapa BEST nya hidup aku kat kem selama 2 bulan setengah ni. 



KAMI WIRAWATI NEGARA !  ecececehhhh .....
Lepas dapat sijil tamat PLKN, memang gumbira gilaaa! Ni haa muka-muka terlebih kasih sayang.


        Nak dipendekkan cerita, seminggu sebelum kitorang berambus dari kem tu, kitorang dah plan cantek-cantek dah nak berenang dalam kolah kat penginapan tu. Heheheh... Jangan kompius. Ingat wira-wira je boleh buat kerja haram? Wirawati pon duakaliseploh sajaa. Tapi minggu last tu jugak la minggu yang paling busy sekali dalam banyak-banyak minggu kat kem tu. Macam-macam benda nak kena fikirkan. And minggu last jugak la aku dah tak berapa selera nak makan bila terfikir kem ni dah nak habis.

       Memandangkan aku ex-student SMKAS, so ramai jugak member-member dari satu sekolah masuk kem ni. Dekat kemni jugak lah aku kenal dengan sorang budak kecik ni, memang nakal ( Adek @ Aisyah Jamaludin ). Dia the only budak Kuantan yang boleh masuk dengan kitorang semua.



ADEK gila !


       Nak cerita pasal Adek ni, memang sampai esok pon tak habis. She’s the one who always make me annoy. Tapi Adek tetap aku sayang lahh. Paling aku tak boleh lupa bila kitorang skodeng budak-budak Chinese buat kerja haram dekat kelas. Heheheheh! Lagi-lagi time solat Jumaat n solat Zohor. Kadang-kadang time lepas makan tengahari weekends. Setiap minggu kitorang skodeng mesti ade je yang buat kerja-kerja tak senonoh tu. Hampeh! Ehh, tapi korang jangan fikir yang bukan-bukan. Bukan nak kata apa laa, kitorang cuba untuk buat report tapi better tak payah. Kalau Melayu yang buat memang aku terjahh je. Peduli hape aku. Siang-siang bute pon jadi.

       Dekat kem tu, aku, Kaka, Efa, Adek, Odah semuanya dalam kompeni Delta the best! Rex sorang-sorang tercampak dekat kompeni Charlie. Ape boleh buadd. Rex always dengan kitorang. Tak kemana pon lahh. Masa awal-awal dulu, Delta always ranking teratas. Tapi bila dah nak habis kem ni, jatuh menjunam! Apa yang dapat aku rasakan dalam minggu-minggu terakhir tu adalah tekanan perasaan sikit la. Asyik kena push je, siapa tahan. Lagi-lagi dalam kawad n kembara halangan. Aku dapat rasakan semenjak hilangnya jurulatih Delta, arwah Cikgu Zabani, kitorang dah tak semangat macam dulu lagi.



Lakonan berita di TV konon-konon laa


       Dalam kelas pulak, seriously macam dah kembali ka alam kanak-kanak semula. Semua aktiviti yang kena buat, tak semua yang aku bersemangat nak buat. Mungkin aktiviti dalam kelas patut di improve untuk masa-masa akan datang setanding dengan umur 18 tahun. Tapi tak dinafikan jugak la, ada jugak aktiviti yang menguji sejauh mana kreatifnya pemikiran seseorang tu. Untuk aktiviti yang macam tu, memang aku layankan je. Best jugak la.

TIPS ACANE NAK KEKAL SEBAGAI SAHABAT BAIK POREBER :

1.       Dengar je semua cerita suka duka dia
Macam yang kitorang buat dekat Adek, apa yang dia katakan, kitorang always say ‘yes’. Nak buat macam mana, pernah dengar ‘katakan YA kepada kanak-kanak’? Heheheheh.... Bagi aku, Adek ni belum cukup matang lagi untuk capai umur 18 tahun walaupun dia dah berumur 18 sebenarnya.

2.       Layankan kepalahotak dia
Dalam ramai-ramai member aku kat kem ni, Kaka yang paling aku rasa macam nak sepok je. Dulu dia pernah satu sekolah dengan aku tapi kitorang langsung tak rapat. Ermm, maybe dia tak pernah kenal pon aku dulu. Tapi lepas jumpa dia kat sini, OMG! Minah  ni memang sangat senget, bengong lagi. So, dengan aku sekali bengong sebab layankan kepalahotak dia tu. Tapi kenangan dengan Kaka lah yang paling aku tak boleh lupa sampai bila-bila.



Kaka @ Nuratikah Darwesh


3.       Kalau dia nak apa-apa, hambik laaa.. Bagi jee..
Nama pon kawan, memang tak sampai hati lah kalau tak dapat tunaikan apa yang diorang nak. Untuk kes yang macam ni, kitorang selalu ikutkan kehendak siapa-siapa je yang paling teguh pendiriannya. Kalau ada yang tak mahu mengalah tu, ok fine. Kitorang bagi jela apa yang dia nak. Hambik...hambik.... Hahahaa! Bukan apa, nak jaga hati punya pasal. Tak nak la runtuhkan persahabatan yang dah dibina baik-baik selama 2 bulan setengah tu.

4.       Cutting fulus masing-masing
Bagi kitorang yang tak loaded langsung ni, kitorang amalkan aktiviti potong-memotong duit masing-masing setiap kali terasa nak melantak makanan kat Giant. Ambik la RM 2 or 3 sorang, then shopping la kat Giant. Biasa lah, masing-masing parents bukannya duduk dekat-dekat nak hantar duit je kerjanya. Dengan cara macam ni, at least jimat sikit kos duduk sana. Adil dan saksama!


Baru lepas " cutting " duit En. Halim . Muahahaha !


5.       Ciptalah seberapa banyak mungkin kenangan kat sana
Dari awal lagi aku dah fikir tempoh 2 bulan setengah tu tak lama mana pon. So, setiap apa yang kitorang lakukan, kitorang make sure semua tu adalah manis. Tak kan ada yang pahit dalam tempoh tu. Tapi, biasalah manusia. Setiap yang manis, mesti ada terselit yang pahit. (mak aihh ayat aku). Kitorang punya cerita pon tak semuanya manis. Terasa hati dalam kalangan kitorang pon ada.



Odah, Aku, Kaka, Efa n Adek !
Full Celoreng tetap di hati kami <3 hehehe...




       Okay, penat cerita pasal kenangan kat kem, tak semestinya aku lupakan member-member sekolah yang dah lama tak jumpa tu. Aku sentiasa ingat kat diorang even aku dalam kem tu sekalipun. Mungkin kenangan aku akan lebih manis bila ada diorang jugak. Tak sangka, zaman sekolah aku dah habis. Aku Cuma berharap kawan-kawan rapat aku dulu takkan pernah lupa antara satu sama lain. Semua orang ada haluan masing-masing lepas ni. So, buatlah yang terbaik dalam hidup korang. Kalau ada yang pernah buat kesilapan dalam hidup sebelum ni, jadikan ia sebagai satu cabaran untuk lebih berjaya pada masa akan datang. (essay BM) hehehe...


Aku yang korang sayang ~


1 comment:

  1. mwehehehehehehehe,,! aq rndu sgt2! na balek kem semule,na owg yg same jugak..lol..! bongok air~

    ReplyDelete