CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 18, 2012

Kuasa Cinta Dulu, Kini dan Selamanya

comel comel comel ^0^


Dulu masa sekolah tadika, selalu main kejar-kejar, lat talilat tamploi, dengan sorang member ni. Sedang ku berlari-lari sambil menyusuri jalan raya yang agak bahaya untuk kanak-kanak secomel aku dulu, kadang-kadang sampai tak sedar aku dah jauh dari rumah. Pernah sampai kena kejar anjing (anak anjing je, bukan anjing pitbull), menangis-nangis nak balik rumah, taubat takmo keluar jauh-jauh lagi. Sambil duduk-duduk dekat atas kerusi depan rumah makan Potato Chips, tiba-tiba ku tersengih-sengih menampakkan gigiku yang cantik sebab terkenangkan insiden kena kejar anjing punya pasal.

       Sampai sekarang masih ingat sebab ada rasa cinta sebagai rakan walaupun masih hingusan.



Naik sekolah rendah, rasa macam dah bajet senior walaupun masih dalam Darjah 2 sebab dah ada adik-adik Darjah 1. Masa tu lah rasa macam nak cari teman sehidup semati (guna 'sehidup semati' sebab nak tunjukkan betapa serious hubungan yang dijalinkan). Mula-mula main usik-usik, sampai buat hatiku jadi marah membara. Lama-lama hantar surat cinta pakai buku garis satu Bahasa Melayu koyak kat tengah-tengah.
        Bila dah declare couple, hatiku sangat berbunga-bunga seperti bunga yang dihantar ke rumah aku, di dalamnya terselit gambar comel seorang jejaka berusia 8 tahun. Wahh, sangat terharu! Tapi tak boleh simpan kat rumah sebab takut kantoi dengan my mum. Dengan berat hati, terpaksa pulangkan balik sambil menangis-nangis kesedihan. Naik setahun lagi, si jejaka mula bermain mata dengan gugurl lain. Hatiku punah berkecai bak kaca dihempas ke batu.
         Dengan serta-mertanya aku memutuskan hubungan kami (sakit hati seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun). Sekarang, ku pasti tersenyum bila mengenangkannya.

         Masih terngiang-ngiang sampai sekarang sebab cinta monyet itu indah ^^



Selangkah kehadapan lagi, kali ni mungkin rasa dah matang untuk bercinta. Kali ni jalinkan hubungan dengan jejaka jauh lebih berusia (nak menunjukkan diri ini sudah matured untuk mengatur hidup), semasa umur 15 tahun. Tempat belajar yang jauh selalu buat aku mabuk cinta, demam rindu. Chocolate Cadbury, Kinder Bueno, dianggap sebagai simbol cinta kami. Bila pulang dari hostel, takkan lepaskan peluang untuk berjumpa.
         Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi bila ku serahkan jiwa ragaku, terus dilamun cinta tanpa jemu. Tak peduli nasihat parents, kawan-kawan (yelah, cinta itu buta). Semakin hari semakin serious, kami merancang masa depan. Dari soal perkahwinan hinggalah soal anak cucu (pemikiran matang seorang student berusia 16 tahun).
         Bila diri tak lagi disayangi, rasa bagai diri inilah yang paling merana dalam dunia. Soal pelajaran langsung ku tinggalkan. Makan minum tak lagi diaturkan. Yang tinggal hanya linangan air mata di pipi setiap hari, masa dan ketika.

         Baru ku sedar, nasihat-nasihat tidak ada yang tak berguna ^^



Masuk 18 tahun, ku lebih berhati-hati memilih pasangan. Tak pernah rasa nak menyekat cinta yang datang. Cuma lebih berhati-hati agar tak berulang kesilapan lalu. Dan kali ini jugalah ku mendapatkan cinta yang tidak ternilai. Cinta yang tiada taranya. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Cinta yang Kekal abadi, Cinta Ilahi.
         Mencari cinta melalu Cinta yang kekal abadi. Akhirnya aku temui. Biarlah cinta itu yang menemukan aku kepada bakal pemilik hati ini. Syukur ^^








No comments:

Post a Comment