*muka bajet strong lah ni, hihi :p*
Serius okay, aku lah Superwoman! *sedapkan hati okay
okay*
Bagi wanita-wanita di luar sana yang pernah kehilangan
orang tersayang macam yang aku lalui sekarang, ketahuilah bahawa anda seorang wanita
yang hebat dan kuat seperti saya! Tinggggg! (ahhhaa whatever)
Sekarang my life is like usually. Tanpa sebarang
masalah negara dan kewangan yang menimpa. Tapi sunyi sepi tahap amirika. Ehh
kenapa baru sekarang nak tulis entri macam ni? *dah setahun lebih dah kau
single Ayu. Wahhh*
Untuk kelihatan tersenyum setiap hari tak susah. Tapi
hati pulak semakin parah and maybe boleh barah hati kalau lama-lama macam ni
aihh. But I believe that I am strong. Kalau tak kuat, takkan lah boleh hidup
lagi sampai sekarang. Paling tak pun kurus kering je. Hah, aku kurus kering?
*jangan buat lawak bodoh teramat okay*
Dalam usaha yang teramat untuk lupakan HJ *not Hanif Joe, tolong faham* aku buang
semua yang ada kaitan dengan masa jahiliah kami. Serius okay, rasa jahil
gilaaa. Itu pun Wana yang sedarkan aku semua tu jahil. Kalau tak, confirm aku
tak sedar-sedar sampai sekarang dan masih mengharapkan lampu jalan jatuh ke
riba, kaca tak bernilai.
Kesimpulannya di sini, kalau ada dengar orang cakap
‘apabila seorang wanita itu banyak cakap, ketawa terbahak-bahak, loncat-loncat
macam beruk makyeh, sebenarnya sembunyikan tangisannya di malam hari. Itulah
wanita yang kuat’. No no no. Bagi aku itu tak cukup kuat. Akulah yang paling
kuat sebab malam-malam aku tak menangis pun ^^ aha aha aha. Dengan ini, aku
lepaskan kau buat pertama kalinya dengan rela hati, okhlas dari hati HJ <3
*okhlas pun bolehhhh* (saja taknak betulkan, betapa nak tunjukkan yang aku type
laju. Hahaha :D)